Salam semua..
Sy tau ramai skrg yg tgh cari keje..samela cm sy..ramai yg dh abis stdy, looking for new job right?nk convo mmgla lmbt lg2..lg2 uitm makin lmbt..grrrr..haha..uitm dihatiku..haha..kt cni sy nk kongsi sikit tips b4 g interview + penglmn sy inetrview..walau xbyk, hope dpt share ngn korg :)
Tips2 persediaan menghadapi interview:
1. Membuat penyelidikan
Lakukan penyelidikan(research) tambahan mengenai latarbelakang syarikat yang anda pohon. Dapatkan maklumat, jenis industri ataupun pencapaian membanggakan sesebuah syarikat. Ini menunjukkan yang anda benar-benar berminat bekerja di syarikat tersebut. Semuanya akan terserlah semasa sessi temuduga nanti. :). Anda boleh bertanya dengan kenalan anda di syarikat tersebut (jika ada), melakukan carian di internet, akhbar atau majalah serta lain-lain sumber yang boleh dipercayai(hehehe... macam "spy" la plak).
Selain itu, buatlah persediaan dengan menyediakan skema jawapan anda sendiri bagi soalan-soalan yang biasa ditanya oleh panel.
Antara soalan yang biasa di tanya adalah;
- Anda tinggal di mana dan adakah mengalami masalah untuk sampai ke sini(tempat temuduga)?
- Ceritakan tentang diri anda(myself).
- Apakah kekuatan dan kelemahan anda?
- Kenapa anda berminat bekerja dengan syarikat ini?
- Apakah aktiviti ko-kurikulum anda semasa di sekolah/kolej/university?
2. Kenalpasti lokasi temuduga
Pastikan anda benar-benar tahu di mana lokasi sebenar temuduga tu. Sama ada di "main office" ataupun di cawangan lain.
Selain itu, semak tarikh dan masa. Jangan sampai tersalah. Kalau was-was, telefonlah pihak Pengurusan Sumber Manusia(HR) atau pihak terbabit untuk mengesahkannya.
3. Kemaskan penampilan diri
Beberapa hari sebelum temuduga, lihatlah penampilan diri anda di depan cermin.
Bagi lelaki, pastikan rambut anda kemas. Kalau menyimpan misai, berjanggut atau berjambang, pastikan anda mencukurnya. Kalau tak mahu cukur, pastikan anda "trim" dengan kemas. Kalau ada bulu hidung yang terkeluar, kasi potong. Begitu juga dengan kuku. Pastikan ia pendek dan kemas.
Wanita pun sama gak. Pastikan penampilan anda kemas dan bersesuaian. Pastikan muka anda tiada bulu roma yang berlebihan.
Secara umumnya, pastikan badan dan nafas anda tidak berbau semasa berada di bilik temuduga nanti. Pakailah pewangi yang tidak terlalu kuat baunya dan deodoran. Untuk kesegaran nafas, bolehlah makan gula-gula pudina.
4. Cara berpakaian
Cara anda berpakaian bergantung kepada jenis industri. Kalau anda memohon jawatan dalam bidang kreatif seperti muzik, gayanya berbeza dengan bidang yang lebih serius seperti perbankan dan perundangan.
Untuk bidang kreatif, anda boleh berpakaian selain daripada gaya konservatif. Namun, kebanyakan pihak HR menggalakkan anda hadir dengan gaya konservatif walau apa jua bidang yang anda pohon.
Gaya konservatif kat sini bermaksud cara pemakaian yang sederhana dan rasmi.
Buat golongan lelaki, anda disyorkan memakai kemeja polos lengan panjang berwarna putih(atau lembut) dan berseluar gelap. Contohnya macam biru, hitam atau kelabu. Elakkan warna kuning mustard dan ungu sebab ia bukan warna konservatif. Tali leher pula biarlah yang sesuai. Jangan pakai yang ada gambar kartun sudah.
Untuk menyerlah penampilan anda, pakailah "cufflink" dan berkot kalau mahu.
Calon wanita pula boleh memakai baju kurung, skirt(menutup lutut), blouse ataupun sut. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan berwarna terang. Make-up pun biarlah sederhana saja.
Selepas menyiapkan kelengkapan atas, bahagian bawah badan jangan dilupa. Apa lagi kalau bukan stokin dan kasut.
Bagi lelaki, pastikan anda memakai stokin yang sama warna dengan seluar dan berkasut hitam. Kalau takde, kasut berwarna coklat gelap pun boleh. Hah, kasut tu pastikan bersih dan berkilat tau.
Sebaliknya, calon wanita hendaklah memakai sarung kaki yang berwarna kulit dan memakai kasut pula yang bertutup dan bukannya bertumit tinggi.
Akhir sekali, anda boleh membawa beg bimbit untuk meletakkan surat iringan, resume dan dokumen tambahan seperti sijil-sijil.
(sumber: internet)
*sy nk cite pengalaman sy br2 ni interview..sj nk kongsi ngn korg..br2 ni dh 3 interview sy dtg..selalu soalan2 interviewer akan tnye:
1. cite psl diri kite..(klo nk cite, cite yg pntg je, xperlu byk sgt..sbb slalu interviewer dh tgk psl kite dlm resume kite)
2. why choose bidang yg kite ambik time study..(time tu korg gorengla ayat yg power2..korg bg advantagesla korg punye kos tu + gunenye kos korg tu kt dunia pekerjaan)
3. klo time stdy dlu, korg yg ade praktikal..mst die akan tnye ape yg korg wt time praktikal, bergune x pnglmn korg time praktikal bile dh msk alam pekerjaan, etc)
4. klo korg attend interview utk position yg bkn same ngn korg punye bidang stdy (make sure korg stdy bidang yg korg nk attend sbb mst die akan tnye why choose bidang ni, n npe xplh bidang yg kite stdy.time tu mmg ayat power perlu digunakan..tp jgn gebang sgt, susah plk nt..haha)
5. selalu interviewer akan tnye kesanggupan kite dgn kerja tu, kesungguhan kite dgn kerja tu, keminatan kite dgn kerja tu byk lgla(time tu korg ken confident gile..even die tnye sngp pn, korg ckpla sngp..dieorg just nk tgk kite confident ke x..tu je n blh wt keje tu ,minat btl2 ngn keje tu)
6. psl company..tu yg pntg..(korg bacela psl cmpny tu..mst die akan tnye cm cth, cmpny tu wt bisness ape, why choose cmpny tu utk korg keje etc)
7. dieorg pn akan tnye yg pntg, expexted salary kite..(korg jwbla brp korg nk..make sure berpatutan..klo x nt die tnye npe rendah sgt, npe tinggi sgt)
*interviewer akan tnye soalan pelik2 lg..mcm2la..smpai kdg2 kite xdpt jwb..kt ctu kite akan ternganga kejap..grrrrrr..haha..sy pasti anda semua blh wt..sy ni je yg xbtl sikit..huhu..but great experience kn..hehe
p/s : pic lps nterview otw nk blk umh time ni..ayah yg anta time tu..tq ayah..pdhal semua interview ayah anta..so sweetkn?harharharhar
*noted : sekadar berkongsi mn yg patut..sy pn xbyk penglmn.but..mmg best g interview..haha..walaupn bi sy xpower, but belasah je..dieorg pn xksh asla sieorg fhm + kite confident..korg wt muke confident je..hehe..i'allah akan ade rezeki utk korg..same2 kite berdoa ye:)
selamat membace!!
ifa syg semua.hug ketat2~~